INFORMASI UMUM
|
Kampung Simpang/Sungai Mati terletak kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Taiping. Di Taiping terdapat beberapa tempat menarik seperti Taman Tasik Taiping, Zoo dan Night Safari Taiping, Muzium Taiping, Bukit Larut dan beberapa tempat menarik lagi. Selain Bandar Taiping, Kampung Simpang/Sungai Mati juga berhampiran dengan Hutan Paya Bakau Kuala Sapetang, lokasi menarik, kampong Nelayan dan juga tempat makanan laut yang enak dan sedap sepeti mee udang dan sebagainya. JKKK Simpang/Sungai Mati berada dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Keunikan JKKK Simpang/Sungai Mati ini ialah kerana ianya berada di dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Changkat Jering dan DUN Sapetang. Jika melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), susur keluar yang terdekat ialah Changkat Jering, iaitu kira-kira 5KM. Selain susur keluar Changkat Jering, susur keluar Taiping Utara juga boleh di gunakan, dan jaraknya kira-kira 9KM. Di Kampung Simpang/Sungai Mati ini terdapat pelbagai kemudahan asas, antaranya Masjid Al-Ikhwaniah, Surau Aziziah, Surau Batu 5, Dewan JKKK, Hotel, homestay, Sekolah Rendah Kebangsaan. Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah (Tamil), Sekolah Agama Rakyat, Tadika Kemas, Tadika Perpaduan, Stesyen-stesyen minyak, Kedai-Kedai Makan dan Premis-premis perniagaan. Di samping itu beberapa Pertubuhan dan Persatuan juga wujud di sini seperti Rela, Rukun Tetangga, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian,dan Persatuan Penduduk Taman-Taman. Juga terdapat Agensi-agensi Kerajaan yang di tempatkan di sini seperti JPJ, Puspakom, Telekom, dan Kementerian Hal Ehwak Koperasi dan Kepenggunan. Beberapa projek Infrastruktur baru juga giat di jalankan iaitu Kuarters Guru, Pusat Kesihatan dan Pusat Latihan KDN. Kewujudan Taman Perumahan Baru juga menunjukan bahawa Simpang/Sungai Mati tidak akan ketinggalan dari arus pembangunan. |
MAKLUMAT ASAS KAMPUNG
Nama Kampung | Simpang/Sg Mati |
Negeri | Perak |
Daerah | Larut Matang & Selama |
Mukim | Matang |
Parlimen | Bukit Gantang |
Ahli Parlimen | Dato' Seri Nizar Jamaluddin (PAS) |
ADUN Changkat Jering | YB Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Bebas) |
ADUN Kuala Sepetang | YB Tai Sing Ng (PKR) |
Pegawai Daerah | Encik Harun Bin Rawi |
Penghulu Mukim | Encik Rusli Bin Abu Mahsin |
Pengerusi JKKK | Haji Dahlan Bin Haji Md Saman |